26 C
Kuala Lumpur
Friday, May 10, 2024

Nisa Bakri lancar suplemen kesihatan Belisimo

Mesti Baca

BERUSAHA meningkatkan kesejahteraan dan kesihatan masyarakat di Malaysia, malah yakin penjagaan makanan turut memainkan peranan penting dalam memastikan tahap kesihatan seseorang.

Perkara itu menjentik hati pengasas jenama makanan Nisa Bakri, Puan Sri Nisa Bakri dan pengasas Klinik Westwood, Dr Jest Wong bergabung menghasilkan produk kesihatan.

Kolaborasi istimewa ini mewakili penyatuan dua usahawan terkemuka dari latar belakang yang berbeza, menjana formula baharu dalam dunia perniagaan dan menjadi contoh cemerlang bagaimana produk kesihatan buatan Malaysia boleh menandingi standard antarabangsa.

Klinik Westwood menyediakan pelanggan dengan penyelesaian klinikal yang selamat dan disesuaikan untuk keperluan estetika mereka.

Dr Jest Wong sendiri adalah pakar dengan lebih dari 15 tahun pengalaman latihan dan pengedaran dalam industri estetika.

Semangat dan penguasaan Nisa Bakri terhadap masakan sihat di rumah telah melahirkan jenama makanan Nisa Bakri dan dua buah buku masak, “I Am Not A Chef” dan “Simply Malaysian”, selain pelbagai pengiktirafan dan penghormatan atas usahanya dalam membawa masakan Malaysia ke dunia.

Tujuan kolaborasi ini sebagai contoh inspirasi bahawa masa depan perusahaan yang berjaya terletak pada sokongan bakat dan perspektif yang pelbagai, mendorong inovasi dan pertumbuhan.

Advertisements

“Belisimo adalah produk suplemen kesihatan untuk luaran dan dalaman, saya memilih kerjasama dengan klinik estetik kerana lebih yakin produk ini harus dicuba oleh semua lapisan masyarakat.

“Dengan kerjasama ini lebih mudah untuk memberi pengetahuan kepada pengguna akan sesuatu produk yang lebih sesuai untuk mereka.

“Dr Jest juga adalah usahawan yang sangat hebat dan pakar dalam bidang estetik dan ini adalah peluang yang sangat bagus dalam meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap suplemen kesihatan seperti Belisimo ini,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk berkenaan baru-baru ini.

Mahu produk suplemen ini kekal di pasaran, Nisa Bakri menyasarkan Belisimo akan berada di semua klinik estetik di seluruh Malaysia satu hari nanti.

Dalam pada itu, Dr Jest berkata, usaha murni Nisa Bakri disambut baik olehnya kerana melihat kerja keras wanita itu dalam menghasilkan sebuah produk suplemen kesihatan yang berkualiti.

“Kami berharap usaha dan kerjasama seperti ini menjamin masa depan yang cerah dalam landskap perniagaan yang sentiasa berkembang.

“Disamping itu dapat melahirkan ramai masyarakat yang peka dengan penjagaan kesihatan luaran dan dalaman mereka,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dua helikopter TLDM terhempas dalam keadaan ‘airworthy’

DUA helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut ketika raptai lintas hormat sempena Hari TLDM Ke-90...

Lagi Artikel Berkaitan