27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Rafie tidak hormat saya sebagai pemimpin kerajaan – Aminuddin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI  Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengakui berlaku pergeseran antara beliau dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Ampangan, Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek.

Mendedahkan perkara itu, dakwa beliau, Mohamad Rafie tidak menghormatinya sebagai pemimpin tertinggi kerajaan dan Pakatan Harapan di negeri ini.

“Itu sebabnya saya jarang turun ke Ampangan sebelum ini kerana menghormati Mohamad Rafie yang dianggap sebagai sahabatnya.

“Saya hormat sebagai kawan sebagai teman, saya tak nak tunjuk ada pergeseran, tetapi memang ada sebab dia tak hormat saya,”katanya ketika menyampaikan ceramah pada program Bicara Serangkai Perpaduan di Ampangan, malam tadi.

Advertisements

Bagaimanapun, kata Aminuddin, beliau tidak mahu menunjukkan pergeseran yang berlaku.

“Saya tak mahu tunjuk pergeseran itu. Tapi memang ada. Sebab dia tak hormat saya. Hari ini, dia dah masuk tempat lain, saya cakap terus terang kepada tuan-tuan,”katanya

Mohamad Rafie bertanding sebagai calon Bebas setelah tidak berpuas hati dengan keputusan PKR meletakkan Ketua Wanita PKR Cabang Seremban, Tengku Zamrah Tengku Sulaiman untuk menggantikannya.

Beliau mendakwa, penggugurannya itu ada kaitan dengan usaha Aminuddin dan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli untuk mencantasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan