27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Imigresen gempur 3 buah pangsapuri dihuni warga asing

Seramai 425 orang warganegara asing berumur di antara lapan tahun hingga 54 tahun ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIGA buah pangsapuri di sekitar Taman Connaught, Kuala Lumpur digempur Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JIM WPKL) dalam OPS SAPU pada awal pagi kelmarin.

Serbuan ke atas pangsapuri 11 tingkat itu telah dijalankan oleh Unit Risikan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasa JIM WPKL dengan kekuatan anggota seramai 80 orang Pegawai Imigresen pelbagai pangkat sekitar jam 1 pagi.

JIM WPKL menerusi kenyataan berkata, pemeriksaan telah dijalankan terhadap 600 orang wanita dan lelaki yang terdiri daripada warganegara Malaysia dan warganegara asing.

“Dalam serbuan berkenaan, pasukan operasi berjaya menahan seramai 425 orang warganegara asing berumur di antara lapan tahun hingga 54 tahun yang terdiri daripada 378 orang lelaki dan 53 orang wanita.

Advertisements

“Antara kesalahan-kesalahan yang dikenalpasti ialah menyalahgunakan pas atau permit, tinggal lebih masa, tiada dokumen pengenalan diri dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta dan Peraturan Imigresen,”katanya.

Katanya, kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan dan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

JIM WPKL berkata, pihaknya akan sentiasa prihatin dengan aduan dan maklumat yang diberikan oleh orang awam serta tidak akan berkompromi terhadap orang asing yang tinggal secara haram, menyalahgunakan pas dan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral di negara ini.

“Tindakan tegas juga akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mengupah atau melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI),”katanya.

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan