Sunday, July 19, 2026

Dihentam isu air, isteri YouTuber terkenal mohon maaf

Mesti Baca

AKIBAT meluahkan rasa kekesalan di hantaran Facebook miliknya mengenai isu air di Kelantan, isteri pempengaruh dan YouTuber terkenal Syahmi Sazli iaitu Anissa Faizul teruk dihentam sehingga ada yang mahu memboikot perniagaannya.

Namun begitu, Anissa hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka dan akur jika ada yang ingin memboikot perniagaannya dengan suami.

“Nissa minta maaf tentang isu Nissa bersuara haritu (kelmarin) menyebabkan ada pihak kurang senang.

“Yang mana komen nak boikot bisnes Nissa dan Syahmi, Nissa reda sahaja. Setiap pilihan yang dibuat pasti ada risikonya,” tulisnya.

Terdahulu, Anissa meluahkan perasaannya mengenai masalah air di Kelantan yang masih tidak diselesaikan meskipun sudah lebih 30 tahun pihak berkenaan memerintah pentadbiran negeri.

Katanya, air adalah keperluan harian yang sangat penting buat semua orang dalam melakukan pelbagai aktiviti harian apatah lagi untuk mengambil wuduk bagi melakukan solat.

Dalam pada itu, semalam, Syahmi turut mempersoalkan reaksi netizen yang ‘menyerang’ isterinya selepas wanita itu berkongsi keluhannya mengenai masalah itu.

Menurut Syahmi, jika tindakan mereka menyentuh mengenai isu itu dianggap satu kesalahan dan keterlaluan, tidak mustahil tiada perubahan akan berlaku di negeri itu. – Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan