Sunday, July 19, 2026

Muda terima kekalahan dengan hati terbuka

PRN ini adalah langkah sulung dalam perjalanan Muda yang masih panjang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PARTI Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menerima kekalahan dengan hati terbuka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri semalam.

Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, beliau mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas segala kesilapan.

“Saya percaya kekalahan kali ini akan mematangkan mereka sebagai pemimpin muda,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Ahli Parlimen Muar itu berkata, mereka perlu menerimanya dengan hati terbuka dalam melangkah ke hadapan dan PRN ini adalah langkah sulung dalam perjalanan Muda yang masih panjang.

“Kami menghormati mandat rakyat. Saya fikir calon-calon telah mencuba sebaik mungkin dan selaku presiden saya perlu melakukannya dengan lebih baik. 

“Ini merupakan pengalaman yang memberikan pengajaran buat Muda,”ujar beliau. – Edisi 9

Terkini

Layan ‘final’ Piala Dunia dan Semarak Subuh bersama TPM

PASUKAN mana pilihan anda dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2026, awal pagi ini? Sepanyol atau Argentina? Para peminat bola sepak,...

Lagi Artikel Berkaitan