32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Selepas ‘berperang’ dalam PRN, siapa MB NS?

Tetapi persoalan siapa bakal dilantik Menteri Besar timbul semula berikutan kemenangan 14 kerusi oleh BN melalui semua calon UMNO

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEMUA pihak tertumpu kepada Negeri Sembilan ketika ini, dalam melihat siapakah yang akan mengemudi Kerajaan Negeri?

Nama-nama disebut, sudah tentu membabitkan Datuk Seri Aminuddin Harun, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Datuk Seri Jalaluddin Alias yang masing-masing menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam.

Aminuddin sebelum ini telahpun disebut sebagai “poster boy” menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya gabungan PH-Barisan Nasional (BN) memenangi PRN.

Semalam, PH dengan kerjasama BN berjaya mendapat mandat dua pertiga daripada rakyat untuk terus mentadbir negeri ini.

Tetapi persoalan siapa bakal dilantik Menteri Besar timbul semula berikutan kemenangan 14 kerusi oleh BN melalui semua calon UMNO.

Semalam juga, bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berpandangan Datuk Seri Jalaluddin Alias wajar dilantik menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan (NS) sekiranya BN menang lebih kerusi di negeri itu PH dalam PRN.

Apa yang dikatakan itu, terbukti berlaku apabila kerjasama PH-BN menang 31 daripada 36 kerusi dipertandingkan dengan DAP menyapu bersih semua 11 kerusi ditandingi, iaitu Chennah, Bahau, Nilai, Lobak, Temiang, Bukit Kepayang, Rahang, Mambau, Seremban Jaya, Lukut dan Repah.

Advertisements

PKR pula menang lima kerusi, iaitu Sikamat, Pilah, Sri Tanjung, Ampangan, Chuah, namun hilang DUN Labu, manakala Parti Amanah Negara (AMANAH) yang bertanding di DUN Klawang dan Paroi hanya mampu mempertahankan kerusi DUN Klawang.

BN mengekalkan kedudukan di 14 daripada 17 kerusi ditandingi, termasuk mempertahankan DUN Lenggeng, iaitu kerusi dimenangi AMANAH pada PRU-14. Perikatan Nasional (PN) pula menang di Labu, Paroi, Bagan Pinang, Gemas dan Serting daripada 36 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Berikutan kelebihan kerusi dimenangi UMNO berbanding PKR, nama Jalaluddin yang juga Pengerusi UMNO Negeri Sembilan itu disebut-sebut.

Namun, nama Timbalan Presiden UMNO merangkap Ahli Parlimen Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mempertahankan kerusi DUN Rantau semalam, juga diperkatakan dengan spekulasi jawatannya di Kementerian Pertahanan ketika ini atau mana-mana jawatan dalam Kabinet Persekutan diserahkan kepada Aminuddin.

Sungguhpun begitu, Perdana Menteri yang juga Presiden PKR sebelum ini telahpun mencadangkan untuk mencalonkan semula Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat merangkap Pengerusi PH Negeri Sembilan dan Naib Presiden PKR itu sebagai Menteri Besar.

Perkara berkenaan sudahpun dibincang dengan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanapun, segala persoalan mungkin ada jawapannya tidak lama lagi melihat kepada kerjasama yang terbentuk dan keputusan yang dibuat daripada pimpinan parti.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kilang proses ‘e-waste’ didalangi warga asing diserbu, 33 ditahan

SEBUAH kilang memproses sisa elektronik atau e-waste yang didalangi warga asing diserbu oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam satu...

Lagi Artikel Berkaitan