26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Laluan UMNO masih berliku -Mohd Puad

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

“LALUAN UMNO masih berliku,” itu kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang mengakui prestasi buruk dihadapi parti itu kerana ditolak sokongan dari orang Melayu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan kepada seluruh kepimpinan UMNO supaya tidak panik.

“Sekali lagi UMNO berhadapan ujian berat. Menang 19 sahaja daripada 108 kerusi yang ditandingi. UMNO semakin hilang sokongan orang Melayu.

“Jangan panik termasuk membuat keputusan meninggalkan Kerajaan Perpaduan,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Katanya, UMNO perlu terus fokus terhadap agenda ekonomi rakyat dan ekonomi negara selain perlu mencipta naratif baharu yang ‘sampai’ kepada pengundi.

“Bagaiamanpun, diakui bukannya mudah untuk UMNO mencari formula baru,”katanya.

Advertisements

Sebagai cadangan, mereka yang kalah dan berumur 45 tahun ke atas jangan bertanding lagi di pilihanraya akan datang.

“Jawatan parti bukan tiket percuma jadi calon. Tampilkan ayam sabung tulin.

“Menteri UMNO mesti deliver. Elak rakyat meluat pada tingkah laku UMNO. Parti perlu naratif baru yang sampai kepada pengundi,”katanya.

Terdahulu, BN hanya memenangi 19 kerusi daripada 108 DUN yang ditandingi dalam PRN, semalam.

Sementara, Perikatan Nasional (PN) menang 146 kerusi dan Pakatan Harapan 80 kerusi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan