Thursday, June 4, 2026

Kerajaan akan laksana ‘post mortem’, peratusan keluar undi rendah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Perpaduan akan melaksanakan ‘post mortem’ susulan peratusan keluar mengundi rendah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri kali ini.

Perkara itu, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, ia bagi memahami dengan lebih mendalam.

“Dari segi ‘turn out’ itu mungkin kita kena faham apa yang berlaku.

“Kita juga akan buat ‘post mortem’ untuk memahami dengan lebih mendalam,” katanya selepas mengikuti keputusan PRN di Pusat Dagangan Dunia (WTC), malam tadi.

Semalam, jumlah keluar mengundi dilaporkan rendah apabila kebanyakan negeri mencatatkan peratusan sekitar 60 peratus.

Hanya Terengganu merekodkan 70 peratus, diikuti Kedah dengan (68 peratus); Pulau Pinang (67 peratus); Selangor (65 peratus) dan Negeri Sembilan (62 peratus).

Kelantan masih merekodkan peratusan keluar mengundi terendah dengan sebanyak 56 peratus dicatatkan setakat pukul 4 petang.

Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang dicatatkan setakat 4 petang adalah 67 peratus.

Sebanyak 3,190 pusat pengundian yang mengandungi 17,048 tempat atau saluran mengundi sempena PRN di enam negeri, dibuka bermula 8 pagi. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan