31.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Angkat sumpah MB NS esok – Aminuddin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun memaklumkan Istiadat Angkat Sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan akan diadakan di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah esok pada jam 3 petang.

Bagaimanapun, beliau berkata individu yang bakal mengangkat sumpah masih belum dimuktamadkan.

“Kita masih lagi berbincang dan perkara itu akan diputuskan kepimpinan parti di peringkat Pusat.

“Saya tak serahkan sebarang nama. (Keputusan memilih Menteri Besar). Ini keputusan pucuk pimpinan parti di peringkat tertinggi.

“Keputusan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim (Pengerusi Pakatan Harapan),”katanya kepada pemberita selepas sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar.

Aminuddin bagaimanapun menyatakan keyakinan dapat menjadi Menteri Besar semula kerana keputusan itu sudah dibuat gabungan itu sebelum ini lagi dan bukan UMNO yang akan akan mendapat jawatan utama tersebut.

“Di peringkat PH, kita masih sebulat suara mencadangkan saya untuk menjadi Menteri Besar dan saya rasa itu tidak berubah sampai sekarang,”katanya.

Advertisements

Beliau turut memaklumkan telahpun menerima panggilan telefon, dipercayai daripada pihak Istana.

Aminuddin turut berharap jawatan Exco boleh disekalikan untuk menghadap Yang Dipertuan Besar, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

“Kalau tidak, Menteri Besar dahulu,”katanya.

Sementara itu, mengenai pelantikan jawatan Exco pula, Aminuddin berkata, ia akan mewakili semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada PH dan Barisan Nasional.

Dalam pada itu, beliau juga menasihatkan semua ahli dan penyokong PH – BN di negeri tersebut untuk bersabar dan memberi jaminan semuanya akan diselesaikan sesegera mungkin.

Selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam, gabungan Pakatan Harapan (PH)-UMNO memperoleh 31 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khaled jawab isu syarikat bekal senjata Israel sertai DSA/NATSEC

MENTERI Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjawab isu penglibatan syarikat pertahanan global tertentu yang didakwa pembekal senjata untuk...

Lagi Artikel Berkaitan