29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

UMNO, BN lakukan proses introspeksi, muhasabah dalaman

Sama-sama kita terus bekerja kuat untuk mengembalikan kepercayaan rakyat dengan memfokuskan kepada prestasi khidmat dan kerja

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan melakukan proses introspeksi (penilaian diri) menyeluruh dan muhasabah dalaman terperinci berasaskan keputusan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri semalam.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kita terima segala ketentuan Allah SWT atas keputusan PRN dengan lapang dada dan penuh keinsafan.

“Yang menang tak menang semua yang kalah tak kalah semua.

“Sama-sama kita terus bekerja kuat untuk mengembalikan kepercayaan rakyat dengan memfokuskan kepada prestasi khidmat dan kerja dalam urusan pentadbiran dan pengurusan negara.

“Ia termasuk aspek ekonomi yang begitu kuat memberikan impak pada rakyat,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Advertisements

Dalam pada itu, katanya, terima kasih buat semua jentera parti dari seluruh negara yang berkampung lebih dua minggu di enam negeri dalam PRN yang berakhir semalam.

“Sesungguhnya pengorbanan dan kerja kuat semua amatlah dihargai dan hanya Allah SWT sahajalah yang mampu membalas segalanya dengan limpahan rahmat dan keberkatanNya jua,” katanya.

Beliau berkata, umumnya kerjasama jentera parti BN dan Pakatan Harapan (PH) makin baik walaupun hanya mula berputik empat bulan lalu.

“Biarlah rakyat menilai prestasi ini terutamanya pentadbiran di peringkat Persekutuan, di samping negeri-negeri di bawah Kerajaan Perpaduan termasuk tiga negeri yang berjaya dikekalkan dalam PRN kali ini.

“Moga Allah permudahkan segala usaha baik yang disulami keikhlasan hanya bermatlamat untuk khidmat yang terbaik demi rakyat,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan