25.3 C
Kuala Lumpur
Monday, February 10, 2025

Kukuh ekosistem syarikat pemula antara muafakat dicapai MED4IRN

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGUKUHAN ekosistem syarikat pemula serta meningkatkan keterlibatan dan prestasi syarikat pemula tempatan antara muafakat dicapai menerusi mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain itu, pelaksanaan Projek Pembangunan Identiti Digital Nasional (IDN) di bawah Jabatan Pendaftaran Negara juga perlu dipercepat.

“Cadangan itu sebagai langkah keselamatan berkaitan maklumat individu yang lebih selamat,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri telah mempengerusikan mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) yang pertama bagi tahun 2023.

Mesyuarat berkenaan telah dianggotai barisan Menteri selaku Pengerusi Kluster dan inisiatif ekonomi digital serta ahli lantikan.

Advertisements

Kumpulan berkenaan terdiri dari wakil sektor swasta, industri, akademia, kumpulan pemikir dan pertubuhan masyarakat sivil yang telah dipilih melalui permohonan terbuka.

Mereka akan berperanan dalam mempercepat pelaksanaan inisiatif terkait agenda transformasi digital negara.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut berkata, dalam mesyuarat itu, beberapa muafakat telah dicapai.

“Antaranya pelaksanaan inisiatif bagi memperkukuh ekosistem syarikat pemula serta meningkatkan keterlibatan dan prestasi syarikat pemula tempatan.

“Moga impak dari perbincangan hari ini dapat dirasai kesemua rakyat Malaysia kelak, Insya-Allah,” ujar beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Richiamo jalin kerjasama dengan De Xandra, Rico Rinaldi

RICHIAMO Coffee Sdn Bhd mengumumkan kerjasama dengan pengeluar pewangi kenderaan, De Xandra serta pereka fesyen dan pengeluar pakaian terkenal...

Lagi Artikel Berkaitan