26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

KPKM pantau penipuan bungkusan kampit beras

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM) hari ini melaksanakan Operasi Beras Putih Tempatan (Op. BPT) bagi memantau penipuan pembungkusan beras kampit di negara ini.

KPKM menerusi kenyataan berkata, Op. BPT akan memberi fokus pemeriksaan dan penguatkuasaan ke atas kilang padi (komersial) dan pemborong beras. 

Katanya, ini bagi memastikan keseluruhan rantaian bekalan pengedaran beras di semua peringkat mematuhi peraturan dan perundangan sedia ada.

“KPKM ingin memberikan peringatan kepada semua pengilang, pemborong dan peruncit agar tidak sesekali melakukan penyelewengan ke atas penjualan beras dengan menukar bungkusan/ label beras putih tempatan (BPT) kepada beras putih import (BPI) dan dijual pada harga jualan runcit beras putih import (BPI).

“Tindakan undang-undang akan diambil ke atas mana-mana pihak yang didapati membuat kesalahan perihal satu kenyataan palsu mengenai gred beras di bawah Seksyen 21 Akta Kawalselia Padi dan Beras [Akta 522],” katanya hari ini.

Advertisements

KPKM berkata, individu yang terlibat boleh didenda sehingga RM25,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tempoh dua tahun atau kedua-duanya sementara syarikat pula boleh didenda sehingga RM50,000.

Menurut kenyataan itu, penguatkuasaan undang-undang berkaitan padi dan beras dilaksanakan oleh Kawalselia Padi dan Beras (KPB), KPKM di bawah Akta Kawalselia Padi dan Beras 1994 [Akta 522].

“KPKM melalui KPB telah berkolaborasi bersama Bahagian Penguat Kuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui Op. Jamin yang dilancarkan pada 7 Julai lalu. 

“Sehingga 10 Ogos, sebanyak 925 pemeriksaan telah dilaksanakan secara bersama-sama di seluruh negara bagi memastikan kestabilan bekalan BPT sentiasa terjamin,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan