Friday, June 5, 2026

Kapal MV KMTC Shenzen terbakar di Pelabuhan Klang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBUAH kapal kargo dari Korea Selatan, MV KMTC Shenzhen yang dalam perjalanan ke Pelabuhan Klang terbakar, di Perairan Selangor, semalam.

Menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor, kapal terbabit dilaporkan terbakar pada jarak kira-kira enam batu nautika Barat Daya Pintu Gedong di sini

“Satu maklumat awam diterima lewat petang semalam semalam yang memaklumkan melihat sebuah kapal terbakar berhampiran Pantai Acheh, Pelabuhan Klang.

“Sejurus laporan diterima, Bot PERKASA 35 Maritim Negeri Selangor bersama dua bot tunda dari Westport dan srbuah bot tunda Northport diatur gerak ke lokasi kejadian bagi menilai situasi.

“Pihak kapal melaporkan kebakaran dipercayai berlaku di ruangan kargo dan kebakaran masih berlaku,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Menurut kenyataan itu, sebaik tiba, tindakan awal diambil oleh bot tunda Tug Super Tenang, Tug Maju Tenang dan Puteri 19 menggunakan meriam air bagi mengawal api.

“KM Bagan Datuk yang berada di sektor operasi lain turut diatur gerak ke lokasi kejadian manakala MV Polaris dan bot Syahbandar dari Jabatan Laut Malaysia serta sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Port Klang turut dikerahkan ke tempat kejadian menggunakan aset Maritim Malaysia dan Westport bagi kerja-kerja melawan api dan menyelamat.

“Setakat laporan diterima, kesemua kru kapal dilapor selamat.

“Perkembangan berkaitan kejadian ini akan dimaklumkan daripada semasa ke semasa,”menurut kenyataan itu. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan