25.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Agong berkenan ziarah Sultan Selangor di London

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menziarahi Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di London, United Kingdom pada Sabtu.

Istana Negara menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, Al-Sultan Abdullah berkenan meluangkan masa bertanya khabar dan berinteraksi bersama Sultan Selangor dalam kunjungan itu.

“Yang di-Pertuan Agong mendoakan agar Sultan Sharafuddin dikurniakan kesembuhan segera dan kesejahteraan serta keafiatan yang berpanjangan,”menurut hantaran itu.

Advertisements

Sultan Selangor berada di London sejak 28 Julai lepas bagi menjalani rawatan serta pembedahan Holmium Laser Enucleation of the Prostate (HoLEP) dan dijangka berangkat pulang ke tanah air pada 15 Ogos ini.

Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kini berada di London bagi lawatan khas hingga 15 Ogos. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan