25.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

‘Anak Awie Wings’ tampil single Mata

Mesti Baca

BAGAIKAN mimpi, pendatang baharu Reyzal Yazmi, 25, tidak menyangka lagu Mata yang ditulis untuk simpanan sendiri kini diangkat menjadi single pertamanya.

Mempertaruhkan muzik rock, single Mata dihasilkan oleh RR Entertainment dan gubahan daripada Herda Syira dan Reyzal sendiri.

Terkenal dengan jolokan ‘Anak Awie Wings’ di TikTok, Reyzal juga menjadikan Wings sebagai idola dalam menghasilkan lagu-lagu yang sering dinyanyikannya.

“Sebenarnya lagu Mata ni saya tulis adalah berkisahkan apa yang pernah terjadi dalam hidup saya dulu, tak sangka pula lagu tu menjadi single pertama saya.

“Lagu ini mengambil masa setahun untuk disiapkan liriknya dan lebih kurang dua tahun enam bulan untuk disiapkan hingga ke peringkat akhir,” katanya.

Anak muda berasal dari Kuala Lumpur ini merasa bertuah sekali kerana mendapat sokongan penuh daripada keluarga dan kawan-kawan untuk menyertai dunia muzik.

Advertisements

Dia juga berharap lagu Mata diterima oleh pendengar.

“Saya berharap pendengar dapat menerima lagu ini dengan baik namun masih risau dan berdebar untuk menantikan reaksi dari mereka,” katanya.

Mempunyai suara tinggi, Reyzal akui lebih selesa membuat lagu-lagu cover di TikTok sehingga bilangan pengikutnya bertambah dengan begitu mendadak.

Reyzal juga pernah membabitkan diri dalam program I Can See Your Voice baru-baru ini. 

Lagu Mata boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan