25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

329 kes batuk kokol dengan 23 kematian dilapor KKM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 329 kes pertussis atau batuk kokol dengan 23 kematian telah dilaporkan di seluruh negara setakat 19 Ogos lalu.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, angka itu adalah 52.8 peratus lebih rendah jika dibandingkan pada tempoh sama pada tahun 2019 dengan 697 kes dicatatkan.

Menurut beliau, daripada jumlah terkini 329 kes itu, sebanyak 219 kes (66.6 peratus) adalah terdiri daripada warganegara, manakala 110 kes lagi merupakan bukan warganegara.

“Bayi berumur bawah 12 bulan adalah kumpulan umur yang mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu 189 kes, manakala kanak-kanak berumur di antara satu tahun hingga hingga 10 tahun mencatatkan sebanyak 94 kes dan selebihnya berumur 11 tahun dan ke atas.

“Sabah merekodkan kes tertinggi sebanyak 181 kes, diikuti Selangor 51 kes, Kuala Lumpur dan Putrajaya 15 kes, Pahang dan Perak masing-masing 13 kes, Melaka dan Negeri Sembilan masing-masing 12 kes dan Johor sembilan kes.

“Selain itu Sarawak (8 kes), Kelantan (7 kes), Kedah dan Terengganu masing-masing (tiga kes), serta Pulau Pinang dan Labuan masing-masing satu kes, manakala tiada kes dilaporkan di Perlis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Muhammad Radzi berkata, tiada kes baharu yang dikesan di sekitar kawasan tempat tinggal dalam kejadian yang tular di daerah Rompin, Pahang baru-baru ini yang melibatkan tiga kes dari sebuah keluarga disahkan mengalami penyakit itu.

Advertisements

Katanya, kesemua kes melibatkan dua orang anak dan ibu mereka itu telah diberikan rawatan dan berada dalam keadaan stabil.

“Walaupun jangkitan adalah terkawal, tegasnya, KKM sentiasa berwaspada dan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan pertussis terus terkawal dan tidak menjadi masalah kesihatan utama di negara ini.

“Keutamaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah memastikan liputan imunisasi pertussis dalam kalangan kanak-kanak di negara ini kekal melebihi 95 peratus untuk memastikan golongan ini dilindungi daripada mendapat jangkitan.

“Kanak-kanak terutama bayi adalah kumpulan yang rentan kepada jangkitan pertussis. Sehubungan dengan itu, ibu bapa digesa untuk memastikan anak-anak mendapatkan imunisasi lengkap mengikut Jadual Imunisasi Kebangsaan,” katanya.

Jelas beliau, di Malaysia vaksin pertussis diberikan kepada kanak-kanak secara rutin pada usia 2,3,5 dan 18 bulan.

“Ia diberikan dalam bentuk vaksin kombinasi enam serangkai difteria, tetanus, pertussis, polio, Hepatitis B, Haemophilus influenza type B,”katanya.

Katanya, individu yang bergejala perlu sentiasa mengamalkan etika batuk dam bersin iaitu menutup mulut dan diikuti mencuci tangan bagi mencegah penularan jangkitan kepada orang lain terutamanya kanak-kanak. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan