26.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 21, 2024

PRN: Mesyuarat Khas SPR pada Rabu ini

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas pada Rabu ini susulan penerimaan notis pembubaran rasmi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi enam negeri.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, mesyuarat khas tersebut akan dipengerusikan oleh Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh.

“SPR ingin memaklumkan telah menerima notis pembubaran rasmi Dewan Undangan Negeri/Dewan Undangan/Dewan Negeri Yang Ke-14 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan daripada Speaker DUN/DU/DN masing-masing.

Advertisements

“Mesyuarat khas tersebut akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRU DUN Ke-15 seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas tersebut.

Enam negeri di Semenanjung membubarkan DUN masing-masing baru-baru ini bagi memberi laluan kepada PRN diadakan dalam masa terdekat. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Anwar terkesan, sedih dengan kematian Presiden Raisi

DATUK Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa terkesan dan sedih menerima laporan kemalangan helikopter yang membabitkan Presiden Iran, Ebrahim Raisi...

Lagi Artikel Berkaitan