26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Pimpinan atasan perlu turun, lihat sistem perkhidmatan awam

Perkhidmatan cemerlang memerlukan masa serta sikap yang istiqamah bagi mengelak imej serta reputasi pentadbiran kerajaan menjadi tempang dan rosak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEPIMPINAN dalam Kerajaan Perpaduan perlu sentiasa turun dan lihat sendiri sistem penyampaian dalam perkhidmatan awam negara agar dapat terus berada di tahap yang terbaik dan membanggakan.

Peringatan yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu turut ditujukan kepada beliau sendiri sebagai pemimpin negara.

“Kepada pihak yang di atas, termasuk diri saya, mesti selalu turun ke bawah.

“Kita kena lihat sendiri apa yang boleh diperbaiki agar sistem penyampaian perkhidmatan awam negara terus berada di tahap yang terbaik dan membanggakan,”katanya dalam perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri hari ini.

Advertisements

Dalam pada itu, beliau turut tekankan pentingnya untuk kebersamaan dalam mengangkat martabat darjat dan bangsa melalui perkhidmatan cemerlang kepada rakyat.

Beliau berkata, perubahan total dituntut kerana rakyat selaku pemegang taruh sebenar tidak lagi boleh terus dihidang dengan sistem atau amalan serta budaya yang bobrok dan menyusahkan.

“Namun, perkhidmatan yang cemerlang memerlukan masa serta sikap yang istiqamah bagi mengelak imej serta reputasi pentadbiran kerajaan menjadi tempang dan rosak,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan