26 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

PRN: Jangan pasang bahan kempen di premis milik TNB

Semua parti politik dinasihatkan mematuhi peraturan tersebut

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TENAGA Nasional Berhad (TNB) menasihatkan semua parti politik agar tidak memasang apa jua bentuk bahan kempen di mana-mana premis dan pepasangan elektrik milik syarikat utiliti itu sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 di enam negeri mulai 29 Julai ini.

Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB, Wan Nazmy Wan Mahmood berkata, larangan ini termasuklah menampal atau menggantung bahan-bahan kempen seperti poster, bendera, gegantung dan sepanduk di menara penghantaran, tiang elektrik, peti pembekal, pencawang, tiang elektrik konkrit dan talian atas.

“Pada masa sama, TNB juga memohon kerjasama semua pihak yang berkenaan agar mengelak daripada melakukan kerja-kerja pengorekan tanah dalam usaha mengurangkan risiko menyentuh kabel elektrik, sekali gus menghindari kemungkinan berlaku gangguan bekalan elektrik akibat kerosakan kabel.

“Perbuatan ini boleh mengundang bahaya kerana berisiko mengakibatkan renjatan elektrik.

“Ia juga mungkin menyebabkan gangguan bekalan elektrik ke premis-premis penting sepanjang proses pilihanraya ini seperti Pusat-Pusat Penamaan Calon, Pusat Mengundi dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, kerja-kerja pengorekan perlu ditangguhkan dulu dan jika tidak dapat dielakkan, sila hubungi pejabat TNB yang berdekatan untuk mendapatkan khidmat nasihat agar semua prosedur dan tatacara dipatuhi sekaligus mengurangkan risiko gangguan.

Advertisements

“Manakala pemasangan bahan-bahan kempen tersebut pula boleh menghalang warga kerja TNB untuk mendapat akses untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pemulihan bekalan,”katanya.

Wan Nazmy turut mengingatkan orang ramai agar tidak memegang, membawa atau memasang tiang bendera di bawah mana-mana talian penghantaran elektrik termasuk tiang bendera yang diperbuat daripada buluh yang boleh menyebabkan renjatan elektrik pada mereka yang berada berhampiran.

Menurutnya, aktiviti berbahaya ini juga menyalahi peruntukan Seksyen 37, Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447), iaitu mengganggu, mencacatkan atau merosakkan pepasangan elektrik.

“Sebagai langkah pencegahan, TNB, menerusi rondaan rutin, akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dan pihak berkuasa untuk menurunkan bahan kempen pilihan raya yang berisiko menimbulkan bahaya dan masalah kepada pengguna.

Ujar beliau, orang ramai yang ternampak situasi yang boleh mengancam keselamatan orang lain atau menjejaskan bekalan elektrik, boleh segera menghubungi Facebook TNB CareLine atau talian 15454 agar tindakan sewajarnya dapat diambil bagi mencegah perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

Larangan tersebut turut dikuatkuasakan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan