28.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 10, 2024

Agong harap hubungan erat Malaysia-Filipina terus dipertingkat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan harapan agar hubungan erat Malaysia-Filipina akan terus dipertingkatkan demi manfaat bersama rakyat dan kedua-dua negara.

Dalam titah ucapan pada majlis jamuan negara meraikan Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr dan isterinya Louise Araneta-Marcos yang mengadakan lawatan negara ke Malaysia, Al-Sultan Abdullah menganggap Filipina sebagai rakan penting kepada Malaysia, memandangkan kedudukan Filipina berdekatan dan penglibatan aktif dalam ASEAN.

Dengan aspirasi bersama untuk kemajuan, keamanan dan kemakmuran, kedua-dua negara kita berkongsi banyak persamaan dan hubungan antara rakyat yang erat… sehingga hari ini, kita telah berdepan banyak cabaran yang sama, tetapi kita juga telah mencapai lebih banyak lagi bersama-sama.

Usaha dan persefahaman bersama adalah penting untuk meningkatkan lagi hubungan erat dan kerjasama baik kita ke tahap baharu…Saya harap Malaysia dan Filipina dapat meningkatkan kerjasama dan perkongsian dalam bidang baharu dan baru muncul seperti pertanian, ekonomi digital, dan industri makanan halal,” titah Al-Sultan Abdullah.

Turut hadir pada majlis yang dihoskan Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Istana Negara itu ialah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan menteri kabinet.

Advertisements

Al-Sultan Abdullah bertitah pertukaran lawatan peringkat tinggi dalam kalangan pemimpin kedua-dua negara, dan antara pegawai kedua-dua negara akan terus menyumbang kepada momentum positif dalam memajukan kepentingan bersama dan menangani cabaran bersama.

Seri Paduka bertitah kedua-dua negara mesti terus bekerjasama rapat dalam usaha meningkatkan kestabilan, keselamatan rantau ini serta menjadikan ASEAN sebuah pertubuhan serantau yang dinamik.

“Keamanan dan kemajuan bersama hanya boleh dicapai dan dikekalkan melalui kestabilan dan kemakmuran di rantau ini dan dunia secara keseluruhan.

“Bersama-sama, kita akan terus membina masa depan yang lebih cerah untuk rakyat kita dan generasi akan datang, terutamanya ketika kita bakal meraikan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik kita tahun depan,” titah Seri Paduka.

Pada 2022, Filipina merupakan rakan dagang ke-15 terbesar Malaysia di peringkat dunia dan kelima terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN, dengan jumlah perdagangan sebanyak RM41.45 bilion (AS$9.42 bilion) iaitu peningkatan sebanyak 20.1 peratus berbanding nilai yang dicatatkan pada 2021. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Nambikkai seru pengundi Kuala Kubu Bharu undi PH

NAMBIKKAI Malaysia menyeru pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) untuk menyokong serta mengundi...

Lagi Artikel Berkaitan