31.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 11, 2024

Sarex Tier 3 tingkat kemahiran agensi keselamatan hadapi bencana

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SIMULASI Search and Rescue Exercise (Sarex) Tier 3 yang dilaksanakan 33 agensi keselamatan mampu meningkatkan kemahiran dan kerjasama khususnya dalam menghadapi bencana.

SAR Coordinator MRSC Johor Bahru, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, latihan itu dikoordinasikan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dijalankan di kawasan perairan Pelabuhan Klang bermula semalam dan berakhir esok. 

Katanya, latihan tersebut melibatkan seramai 200 orang pegawai dan anggota dari pelbagai agensi kerajaan seperti yang terkandung dalam Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) 20 Bencana Maritim. 

“Latihan ini seiring panduan Manual Mencari dan Menyelamat (SAR) Kebangsaan serta International Aeronautical and Maritime Searchand Rescue (Iamsar) Malaysia Jilid IV. 

“Selain itu, latihan ini bertujuan menguji dan meningkatkan kemahiran serta kerjasama di antara agensi-agensi terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (Carilamat),” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan selepas menyaksikan simulasi Sarex Tier 3 di kawasan 0.6 batu nautika barat laut Tanjung Harapan hari ini. 

Simulasi Sarex Tier 3 yang melibatkan 33 agensi keselamatan dilakukan di Tanjung Harapan hari ini. – Edisi9/Maritim Malaysia

Antara agensi yang terlibat ialah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan (KKM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Northport.

Nurul Hizam berkata, latihan tersebut melibatkan simulasi situasi bencana sebenar bagi meningkatkan kecekapan dan daya tindakan dalam menghadapi kemungkinan kejadian seumpama ini. 

“Kejayaan latihan ini akan menjadi tonggak bagi peningkatan kesediaan dan ketangkasan agensi-agensi yang terlibat dalam Carilamat dalam menghadapi cabaran dan tugas yang kompleks ketika bencana maritim berlaku di kawasan perairan negara,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Nambikkai seru pengundi KKB undi calon kerajaan Perpaduan

PERTUBUHAN Nambikkai Malaysia menyeru pengundi di Kuala Kubu Baharu agar menyokong serta mengundi calon daripada kerajaan Perpaduan pada Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan