29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Jangan fikir dulu siapa ganti Salahuddin – Mohamad Sabu

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menggesa semua pemimpin dan ahli supaya memberi fokus kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung serentak pada 12 Ogos ini.

Menerusi kenyataan di Facebook Mohamad berkata, ini lebih penting berbanding memikirkan siapa calon lebih sesuai yang akan mengisi kekosongan kerusi yang ditinggalkan bekas timbalan presiden, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Katanya, tumpuan parti ketika ini ialah untuk melaksanakan gerak kerja pilihan raya di enam negeri.

“Tanggungjawab kita sangat penting untuk memberi kemenangan kepada calon-calon daripada parti yang bergabung dalam Kerajaan Perpaduan iaitu Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN). 

“Jangan memikirkan dahulu siapa yang akan menggantikan tempat Salahuddin. Selepas ini barulah kita akan membincangkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkait pengganti kepimpinan yang telah pergi,” katanya hari ini.

Advertisements

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas Khamis depan berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Renggam.

Ini kerana berlakunya kekosongan luar jangka kerusi susulan kematian Salahuddin.

Sementara itu, Mohamad mengingatkan semua pimpinan dan ahli Amanah supaya berhati-hati supaya tidak dilaga-lagakan pihak tertentu dalam isu tersebut.

“Pihak kepimpinan Amanah sendiri akan menguruskan sebaik-baiknya hal-hal berkait pengganti kepimpinan dan masa depan parti mengikut aturan-aturan dan amalan kebiasan parti,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelajar UPSI adakan program bakti bersama gelandangan

SEKUMPULAN pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program khidmat bakti bersama golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan