Thursday, June 4, 2026

PRN: Masyarakat siam Kedah komited sokong BN-PH

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MASYARAKAT Siam di Kedah diyakini akan memberi sokongan penuh kepada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sokongan itu dinyatakan hasil perjumpaan bersama hampir 40 kepimpinan masyarakat Siam dari seluruh Kedah.

“Diskusi ini membincangkan perkara termasuk isu pentadbiran, pembangunan, masa depan masyarakat Siam dan beberapa lagi perkara yang masih membelenggu masyarakat berkenaan… Ada perkara yang dibincangkan itu berkaitan dengan manifesto untuk PRN nanti.

“Saya setuju banyak perkara yang dibangkitkan adalah ‘unfinish business’ (benda tidak selesai) dan kita mengambil kira semua perkara itu dan akan dibangkitkan pada pelancaran manifesto yang akan diadakan di Sungai Petani, esok,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perjumpaan bersama Masyarakat Siam di Bangunan Tunku di Alor Setar hari ini.

Mahdzir yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Perpaduan Negeri Kedah berkata, parti itu perlu menang PRN bagi membolehkan kerajaan negeri yang diperintah mereka nanti membawa isu dan berbincang dengan kerajaan Persekutuan berkaitan istilah ‘Orang Siam’ dan ‘Orang Thai (Thailand).

“Salah satu yang kita mahu bawa berbincang dengan Kerajaan Persekutuan adalah berkaitan dua istilah itu dimana ada masalah ketidak fahaman dalam kalangan segelintir pegawai kerajaan. Semua yang duduk di Kedah ini merupakan keturunan Siam warganegara Malaysia.

“Tetapi ada pegawai yang tidak faham dan gelar mereka ‘Orang Thai’ yang mana sebenarnya merujuk kepada negara Thailand, benda ini perlu diselesaikan di antara kerajaan negeri dengan Persekutuan.

“Jadi sekiranya kita menang, perkara ini antara benda yang akan dibawa berbincang bersama rakan kepimpinan di Putrajaya,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan