24.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 12, 2024

Seksyen 6 WCE dijangka siap sepenuhnya hujung tahun ini

Lebuhraya ini juga dijangka memberi manfaat besar dalam merancakkan industri pelancongan di kawasan ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEKSYEN 6 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) yang kini berada pada tahap kemajuan 94 peratus dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun ini.

Seksyen 6, WCE sepanjang 21.8 kilometer itu bermula dari Persimpangan Bertingkat Bandar Bukit Raja (Utara)/Kapar ke Persimpangan Bertingkat Assam Jawa (sambungan terus ke penghujung Lebuhraya LATAR).

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjangkakan impak positif yang signifikan hasil daripada pembinaan lebuh raya ini terhadap kemajuan ekonomi dan komuniti setempat.

“Lebuhraya yang dibina menggunakan standard R6 dengan dua lorong dua hala akan dapat mengubah landskap pengangkutan di kawasan tersebut dengan penjimatan masa perjalanan antara bandar-bandar utama sekitar Klang, Shah Alam, Puncak Alam dan Kuala Selangor, yang mana masa perjalanan dari Klang ke Kuala Selangor/Ijok dijangka dapat dikurangkan sehingga 30 minit.

“Lebuhraya ini juga dijangka memberi manfaat besar dalam merancakkan industri pelancongan di kawasan ini.

“Pada masa sama, membantu menarik lebih ramai pelancong ke destinasi pelancongan seperti Kuala Selangor, Jeram, Bandar Warisan Batu Arang, Sky Mirror serta Taman Kelip-Kelip Kampung Kuantan,”katanya.

Advertisements

Terdahulu, beliau meninjau kemajuan kerja-kerja pembinaan Seksyen 6, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, manfaat Lebuhraya WCE ini juga akan dirasai oleh usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) serta peniaga tempatan.

“Ia sebagai jaringan hubungan pengangkutan yang lancar, aktiviti perniagaan akan menjadi lebih mudah dan dapat meningkatkan jualan serta keuntungan perniagaan selari dengan pertambahan pengunjung ke kawasan tersebut,
sekaligus dapat menambah peluang pekerjaan.

Ujarnya, dengan pembinaa lebuhraya ini menunjukkan komitmen berterusan Kerajaan Malaysia MADANI terhadap keperluan komuniti sekitar dengan menyediakan kemudahan infrastruktur terbaik kepada rakyat.

“Saya berharap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Syarikat Konsesi WCE dapat memastikan pembinaan siap mengikut jadual.

“Selain itu mengambil langkah- langkah perlu untuk menangani sebarang masalah yang timbul agar kemudahan infrastruktur penting ini dapat dinikmati segera oleh pengguna lebuhraya sebagai pilihan alternatif terutama di musim perayaan dan hujung minggu,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kemenangan Sock Tao bukti rakyat tolak politik kebencian

KEMENANGAN calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao dari Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu...

Lagi Artikel Berkaitan