27.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

LHDN tawar bayaran ansuran tunggakan cukai pendapatan, CKHT

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

LEMBAGA Hasil Dalam Negeri (LHDN) menawarkan bayaran secara ansuran tunggakan Cukai Pendapatan (CP) dan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) bagi tahun sebelum ini tanpa dikenakan kenaikan cukai.

LHDN menerusi kenyataan berkata, permohonan telah boleh dibuat sejak 6 Jun lalu dan tamat pada 31 Mei, iaitu sepanjang tempoh Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0 berlangsung.

“Permohonan bayaran secara ansuran bagi tunggakan cukai tahun kebelakangan ini perlu dibuat secara bertulis dan boleh dikemukakan ke pejabat LHDN berhampiran atau di mana fail pembayar cukai dikendalikan bagi tujuan semakan dan kelulusan. 

“Selain itu, pembayar cukai juga boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian dengan menggunakan Borang Maklum Balas Pelanggan menerusi platform MyTax di portal rasmi LHDN,” katanya hari ini.

Advertisements

Menurut LHDN, dokumen sokongan tidak perlu dikemukakan bagi permohonan itu sekiranya penyelesaian amaun dibuat dalam tempoh pelaksanaan PKPS 2.0. 

“Pembayar cukai akan diberikan kelonggaran pelepasan sementara sekatan perjalanan di bawah Seksyen 104 Aka Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) bagi bayaran ansuran tunggakan cukai yang dibuat secara konsisten dan mematuhi jadual bayaran yang ditetapkan LHDN. 

“Kegagalan mematuhi syarat bayaran yang telah ditetapkan boleh mengakibatkan kenaikan cukai dikenakan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas Akhyar disamun, Faisal Halim pula disimbah asid

BARU beberapa hari lepas pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid diserang dan disamun di Kuala Terengganu, hari ini Faisal...

Lagi Artikel Berkaitan