25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

PM selamat tiba di Hanoi sempena lawatan rasmi

Mesti Baca

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Wan Azizah Ismail selamat tiba di Hanoi, Vietnam bagi lawatan rasmi selama dua hari ke negara itu.

Ini merupakan lawatan rasmi pertama Perdana Menteri ke Vietnam sejak menjawat jawatan tersebut November tahun lalu.

Kunjungan Anwar ke Hanoi diadakan atas jemputan rakan sejawatannya, Pham Minh Chinh.

Turut sama dalam lawatan ini adalah Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin.

Advertisements

“Kunjungan ini memberi peluang kepada kami untuk menilai kerjasama terutamanya dalam bidang halal, pertanian, pertahanan dan keselamatan, pendidikan, dan pembangunan modal insan antara Malaysia dan Vietnam.

“Lawatan ini juga adalah sebagai pengiktirafan terhadap hubungan erat yang terjalin antara Malaysia dan Vietnam sejak lima dekad yang lalu,” kata Perdana Menteri menerusi Facebook beliau hari ini.

Anwar berkata, selain bertemu pemimpin tertinggi Vietnam, beliau juga akan mengadakan pertemuan bersama komuniti perniagaan serta rakyat Malaysia yang menetap di negara itu.

Katanya, ini sekali gus memberi peluang kepada beliau untuk berkongsi dasar dan aspirasi negara bersama mereka. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan