30.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Pasar raya Qatar boikot produk Sweden

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBAGAI tindak balas terhadap insiden membakar kitab suci al-Quran di Stockholm, rangkaian pasar raya terkemuka di Qatar telah ‘memboikot’ produk keluaran Sweden dengan mengeluarkan kesemua produk daripada negara berkenaan di rak.

Menurut portal Dohanews, pasar raya Souq Al Baladi mengambil langkah itu selepas tiada usaha konkrit diambil pihak berkuasa Sweden dalam menangani serangan ke atas al-Quran.

Kenyataan dikeluarkan oleh pasar raya itu menyebut bahawa ia melancarkan boikot ke atas semua barangan Sweden sehingga diberitahu kelak.

Sweden sebelum ini menegaskan ia menjustifikasikan aksi mencemarkan al-Quran atas alasan kebebasan bersuara.

Bulan lalu, pendatang Iraq, Salwan Momika membakar al-Quran di hadapan masjid utama Stockholm.

Advertisements

Salwan mengulangi perbuatan mencemar al-Quran dengan memijak dan menendang salinan kitab suci itu semasa protes di hadapan Kedutaan Iraq pada Khamis lalu.

Kerajaan Sweden mengutuk pembakaran al-Quran sebagai tindakan Islamofobia tetapi mengiktiraf hak yang dilindungi perlembagaan untuk kebebasan berhimpun, bersuara dan demonstrasi di negara itu.

Di ibu negara Denmark pula, dua lelaki mendakwa ahli kumpulan Patriot Denmark membakar dua salinan al-Quran di hadapan Kedutaan Iraq di Copanhagen.

Tahun lalu, beberapa negara Arab bertindak memboikot barangan India susulan tindakan dua anggota kanan parti memerintah Bharatiya Janata (BJP) meniup sentimen Islamofobia dan menghina junjungan besar Nabi Muhammad SAW. – Agensi

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan