26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Hodak tinggalkan KL City sertai Persib Bandung

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KETUA JURULATIH, Bojan Hodak meninggalkan finalis, Piala FA, Kuala Lumpur (KL) City FC selepas hampir tiga musim mengendalikan kelab tersebut.

Pengendali berasal dari Crotia itu meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih dan disahkan akan menyertai kelab Indonesia, Persib Bandung.

The City Boys hari ini mengesahkan pemergian Hodak yang merupakan antara ketua jurulatih terbaik yang pernah dimiliki kelab tersebut.

Katanya, sukar untuk menggambarkan jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan ketua jurulatih itu sepanjang bersama KL City.

“Semasa kamu mengambil-alih kelab, kami tiada apa-apa, kemudian kamu menjadikan kami sesuatu (yang berharga). 

Advertisements

“Kamu mengembali memori zaman kegemilangan skuad merah putih dan mendapatkan kembali kepercayaan penyokong.

“Tiga final (mungkinempat) dalam tiga tahun mungkin satu kejayaan kecil bagi pasukan lain. Kamu menolak kami untuk mencapai yang diluar kemampuan, yang terbaik untuk diri kami,” katanya menerusi catatan di Facebook hari ini.

Sepanjang bersama KL City, Hodak berjaya membawa KL City menjulang trofi Piala Malaysia 2021 sebelum muncul naib juara Piala AFC 2022.

Pelantikan Hodak selaku ketua jurulatih baharu Persib Bandung diumumkan kelab itu menerusi akaun media sosialnya hari ini serentak dengan pengumuman KL City FC. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan