26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

PRN: CAAM larang terbangkan dron tanpa kelulusan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ORANG ramai diingatkan supaya tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan di kawasan tumpuan ramai sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) berkata, larangan itu termasuk pada hari penamaan calon pada 29 Julai, hari mengundi awal (8 Ogos) dan hari mengundi (12 Ogos).

Selain itu, larangan tersebut juga terpakai sepanjang 14 hari tempoh berkempen selepas hari penamaan calon.

“Ini bagi memastikan kelancaran PRN selain bagi mengelak berlakunya sebarang kejadian tidak diingini terutamanya membabitkan aspek keselamatan dan sekuriti orang ramai khususnya para pengundi. 

Advertisements

“CAAM ingin mengingatkan bahawa sebarang aktiviti penerbangan termasuk pengendalian aktiviti dron yang boleh mengundang bahaya kepada orang awam atau harta benda.

“Ini tertakluk di bawah Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3); Peraturan 98, Peraturan 140-144, Peraturan Penerbangan Awam Malaysia dan Civil Aviation Directives (CADs),” katanya menerusi Facebook semalam.

PRN akan diadakan serentak di enam negeri membabitkan Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.

Selain itu, Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu turut diadakan serentak bersama PRN di enam negeri. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan