30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Piala Malaysia: Terengganu, KL City mara ke separuh akhir

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TERENGGANU FC mara ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia 2023 selepas mencatat keputusan seri 1-1 menentang juara 33 kali, Selangor FC, sekali gus mara dengan agregat 3-1.

Turun dengan membawa bekalan dua gol dari Kuala Terengganu, skuad Sang Penyu sedar mereka hanya perlu tewas dengan satu gol atau seri menentang Gergasi Merah.

Namun, anak buah Tan Cheng Hoe garang memburu gol awal di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) bagi memadam defisit di tempat lawan.

Pada minit ke-12, Faisal Halim bijak meloloskan diri dari bahagian sayap kiri sebelum melintangkan bola ke depan gawang sebelum ditepis Suhaimi Husin.

Namun tindakan susulan penyerang import, Richmond Boakye juga diselamatkan penjaga gol berusia 29 tahun itu.

Anak buah Tomislav Steinbruckner akhirnya berada di depan pada minit ke-23 apabila Ivan Mamut menyempurnakan sepakan penalti untuk menjadikan agregat 3-0.

Advertisements

Safuwan Baharuddin menghidupkan kembali peluang Selangor apabila menanduk masuk sepakan penjuru pada minit ke-69.

Namun, skuad Gergasi Merah gagal menambah jaringan selepas itu dengan Suhaimi beraksi cemerlang mengagalkan beberapa percubaan sekali gus membawa Terengganu ke separuh akhir.

Dalam satu lagi aksi suku akhir, Kuala Lumpur (KL) City FC turut melangkah ke separuh akhir apabila menyingkirkan Sri Pahang FC secara agregat, 2-1.

Mencatat kemenangan tipis 1-0 ketika pertemuan pertama di Cheras, KL City berjaya menyerap asakan bertali-arus tuan rumah.

Dan The City Boys berjaya memperoleh gol pertama menerusi Romel Morales yang menanduk masuk sepakan percuma Paolo Josue pada minit ke-30.

Sri Pahang menyamakan kedudukan 1-1 pada masa kecederaan hasil jaringan sepakan penalti Stefano Brundo namun sudah terlewat untuk menyekat kemaraan KL City FC. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan