27.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

India hentikan eksport beras, harga makanan global dijangka melonjak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

INDIA dilaporkan telah menghentikan eksport beras putih bukan basmati dalam usaha untuk mengelak lonjakan harga domestik yang semakin meningkat.

Langkah itu di ambil ekoran hujan lebat yan berlaku sekaligus telah menjejaskan tanaman di negara tersebut dan menjadikan harga beras telah meningkat lebih daripada 11 peratus dalam tempoh 12 bulan yang lalu.

Beras putih bukan basmati kini menyumbang kira-kira satu perempat daripada eksport beras India, kata Kementerian Hal Ehwal Pengguna ketika mengumumkan perubahan dasar itu.

Pakar memberi amaran langkah itu boleh menaikkan harga makanan global.

“Adalah adil untuk mengatakan situasi ini akan memberi kesan yang cukup ketara kepada harga makanan global,”kata Emma Wall, Ketua Analisis dan Penyelidikan Pelaburan di Hargreaves Lansdown.

Bekalan makanan sudah berada di bawah tekanan, selepas penarikan Rusia minggu ini daripada perjanjian yang menjamin laluan selamat bijirin Ukraine, termasuk gandum.

India ialah pengeksport beras terbesar dunia, menyumbang lebih daripada 40 peratus daripada penghantaran global.

Beras bukan basmati terutamanya dieksport ke negara-negara di Asia dan Afrika.

Tahun lepas, kerajaan India mengenakan cukai eksport sebanyak 20 peratus untuk cuba menghalang jualan ke luar negara, selain mengehadkan penghantaran gandum dan gula.

Advertisements

Tetapi mengeksport boleh menjadi lebih menguntungkan bagi petani India daripada menjual di dalam negara.

Kerajaan berkata, petani masih boleh mengeksport jenis beras lain, termasuk basmati dalam memastikan mereka “mendapat faedah harga yang menguntungkan di pasaran antarabangsa”.

Berikutan cuaca buruk di India telah merosakkan tanaman di banyak negeri utara, menyebabkan kos banyak barangan – termasuk tomato dan bawang – meningkat dengan mendadak.

Harga sayur-sayuran melonjak 12 peratus dari Mei hingga Jun, menyumbang kepada peningkatan kos sara hidup.

Turut dilaporkan inflasi meningkat kepada 4.8 peratus bulan lepas, lebih tinggi daripada jangkaan berikutan kenaikan kos makanan.

Kos sara hidup yang semakin meningkat telah memberi tekanan politik kepada kerajaan di India, menjelang pilihan raya negara tahun depan, selain pilihan raya peringkat negeri dalam beberapa bulan akan datang.

Sementara itu, seorang pakar dalam dassr pertanian di India Devinder Sharma berkata, kerajaan cuba mengatasi kekurangan pengeluaran yang dijangkakan, dengan kawasan penanaman padi di selatan juga terdedah kepada risiko hujan kering ketika corak cuaca El Nino melanda lewat tahun ini.

“Oleh itu, kerajaan mengambil pendekatan yang sangat berhati-hati,”katanya. – Agensi

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan