30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Sanusi beri bayangan, dua bekas pemain bola sepak Kedah calon PN

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memberi bayangan dua bekas pemain bola sepak serta dua ahli akademik bertaraf profesor akan mewakili parti Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos depan.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) berkata, kebanyakan calon PN adalah golongan ustaz dan ulamak, yang mana kesemua mereka akan diketuai oleh seorang ‘panglima’.

“Musim kedua perpindahan (penggal baharu), kita akan ada dua profesor untuk mewakili kita, player bola ada dah dua, ustaz dan ulama tak payah kira, (memang banyak), dan seorang panglima (akan) duduk di hadapan,”katanya memetik laporan BH Online ketika berucap pada Himpunan Munajat Perdana di Dewan Al Hana, di Sik, Kedah, malam tadi.

Walaupun tidak mendedahkan nama kedua-dua pemain, namun dua bekas ketua pasukan Kedah, Muhamad Radhi Mat Din dan Baddrol Bakhtiar disebut-sebut antara calon PN.

Advertisements

Sebelum ini, media melaporkan Baddrol Bakhtiar yang juga Ketua Pasukan Sabah FC disebut – sebut sebagai calon PN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun.

Terdahulu, Majlis Pengisytiharan Calon-Calon Perikatan Nasional (PN) Kedah yang dijadual berlangsung hari ini ditangguhkan kepada Rabu depan.

Setiausaha PN Kedah, Musoddak Ahmad, berkata penangguhan itu diputuskan oleh Majlis PN Pusat dan PN Kedah dalam mesyuarat yang diputuskan pada kelmarin (Rabu).

Untuk rekod, Kedah memiliki 36 kerusi Dewan Undangan Negeri yang mana PN menguasai 21 daripadanya sebelum DUN dibubarkan 28 Jun lalu.

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan