28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

PDRM berjaya turunkan kadar jenayah indeks sebanyak 292 kes

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

USAHA Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan pelbagai program pencegahan dan menumpaskan jenayah membuahkan hasil apabila berjaya menurunkan kadar jenayah indeks sebanyak 292 kes, sepanjang tempoh enam bulan pertama bagi tahun 2023.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, PDRM akan terus memperkasakan kredibiliti, kecekapan serta kemahiran pegawai-pegawai bagi memastikan kualiti “crime prevention” dan “crime suppression” adalah pada tahap tertinggi.

“Dalam pada itu, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) telah berjaya menyelesaikan sebanyak 16,518 kes daripada 25,482 kes jenayah indeks yang dilaporkan bersamaan 64.8 peratus.

“Dalam tempoh tersebut juga, daripada 56,677 kertas siasatan yang dibuka melibatkan jenayah indeks dan non- indeks, sejumlah 31,014 pertuduhan telah dicapai iaitu 54.72 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Perhimpunan Bulanan bagi bulan Julai anjuran JSJ, Bukit Aman hari ini.

Advertisements

Dalam masa sama, Razarudin turut menekankan dua fokus utama yang memerlukan pelaksanaan secara agresif pasukan bagi menangani masyarakat hari ini yang semakin celik dan peka akan hak mereka di sisi undang-undang.

“Selain itu, pemantauan secara berterusan, di setiap peringkat dalam pasukan iaitu perkhidmatan PDRM bertunjangkan integriti dan tata kelola yang baik (“good governance”) serta mendukung dasar-dasar kerajaan ke arah kesejahteraan masyarakat,”katanya.

Dalam majlis tersebut, Razarudin turut menyampaikan Sijil Penghargaaan kepada 15 orang pegawai polis dan pegawai awam sebagai tanda menghargai warga Pasukan yang telah mempamerkan prestasi kerja yang cemerlang sepanjang perkhidmatan.

Hadir sama, Timbalan KPN, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, Timbalan Pengarah Forensik/Perancangan Strategik, JSJ, Bukit Aman selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Perhimpunan, DCP Dato’ Suresh Kumar G. Suppiah, barisan Pengarah PDRM dan sebahagian warga kerja Bukit Aman. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Balai polis Ulu Tiram diserang, dua anggota, suspek maut

DUA anggota polis maut manakala seorang cedera akibat ditembak dan ditetak seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis...

Lagi Artikel Berkaitan