25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Apa tindakan SPRM terhadap ucapan Zahid? – soal Tuan Ibrahim

Ahmad Zahid Hamidi menerusi ucapannya kepada Persatuan Belia Gabungan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah sangat jelas memberi sogokan dan bercanggah dengan undang-undang negara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

RAMAI menanti apakah tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap ucapan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Persatuan Belia Gabungan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah yang akan memberi geran sebanyak RM100,000 yang sangat jelas memberi sogokan dan bercanggah dengan undang-undang negara.

Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan memberi pelbagai geran dan sumbangan kewangan dengan syarat mengundi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) jelas merupakan satu bentuk rasuah menjelang pilihanraya negeri.

“Walaupun pelbagai pihak meluahkan kemarahan dan kekecewaan dalam pelbagai diplatform media sosial di atas ucapan tersebut, nampaknya SPRM masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Ia jauh berbeza dengan tindakan segera SPRM yang mengeluarkan kenyataan terhadap tindakan pihak pembangkang.

“Sehinggakan menyediakan bas oleh kerajaan Kelantan untuk kemudahan pengundi pulang mengundi tanpa sebarang syarat pun dianggap oleh SPRM sebagai satu kesalahan rasuah,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Beliau berkata, hal yang sama turut dirasai rakyat terhadap Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih)

Advertisements

“Suatu masa dahulu Bersih begitu lantang memperjuangkan sistem pilihanraya yang bersih dan adil namun turut sepi apabila parti pemerintah melakukan kesalahan.

“Hal ini berbeza jika hal yang sama dilakukan oleh parti pembangkang, Bersih akan segera mengeluarkan kenyataan yang begitu lantang membantah tindakan pembangkang,”katanya.

Dakwa beliau, Bersih kini dilihat gagal berperanan sebagaimana ia diasaskan di awal penubuhannya dan kini dilihat condong menyokong parti pemerintah khususnya PH.

“Perjuangan untuk melakukan reformasi sistem pilihanraya Malaysia semakin sepi apabila beberapa orang tokoh mereka menyertai PH dalam pilihanraya dan tidak lagi dilihat adil terhadap parti pembangkang.

“Rakyat kini menuntut tindakan segera sebelum mereka menterjemahkan dalam peti undi pada 12 Ogos nanti,”katanya.

Ahmad Zahid dilaporkan mengumumkan peruntukan dan membuat janji berkenaan dalam ucapan perasmian Himpunan Belia Lestari Generasi Unggul (LesGU) di Dungun pada 28 Julai lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan