Saturday, June 13, 2026

Anggota MALBATT lafaz syahadah di bumi Lubnan

Mesti Baca

SEORANG anggota pengaman Batalion Malaysia (MALBATT) 850-10 dari Elemen Batallion Mobile Reserve (BMR) telah melafazkan syahadah di Masjid Kawkaba, Kem Marakah, Lubnan hari ini.

Lans Koperal Faleeq Jason Lim mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Pegawai Agama Malbatt 850-10, Mejar Lukman Hakim Abd Wahab.

Menurut Facebook Angkatan Bersama (My Joint Force), Faleeq atau dahulunya dikenali sebagai Jason Lim merupakan anak pertama daripada tiga adik-beradik yang berasal dari Telupid, Sabah.

“Beliau mula tertarik dengan agama Islam sejak dua tahun lepas dan sering menonton ceramah melalui sosial media,” kata hantaran tersebut hari ini.

Majlis pengislaman saudara baharu itu dimulakan dengan lafaz syahadah oleh Faleeq sebelum diakhiri dengan solat sunat Dhuha secara berjemaah.

Faleeq Jason Lim mengucapkan syahadah di hadapan Mejar Lukman Hakim Abd Wahab di Kem Marakah, Lubnan. – Foto: FB My Joint Force

Komander MALBATT 850-10, Kolonel Mohd Rizman Ramli menasihati Faleeq agar cekal meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim.

Beliau juga mendoakan agar Faleeq dipermudahkan urusan dalam mempelajari serta mendalami ilmu agama Islam di samping menjadi seorang mukmin yang bertakwa. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan