31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Zamsaham terima dua tawaran beli Kelantan FC

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMILIK Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham mendedahkan ada menerima tawaran daripada dua individu yang berminat untuk membeli kelab tercorot Liga Super itu.

Menerusi hantaran Facebook, Zamsaham berkata, hasrat tersebut dinyatakan menerusi perjumpaan awal antaranya beliau dan kedua-dua pihak.

Katanya, antara pembeli berpotensi itu adalah usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman sementara satu lagi pihak adalah penaja pasukan yang juga pemilik Erfan Gym & Fitness, Erfan Akif.

“Insya-Allah selepas pendaftaran pemain baharu Kelantan minggu ini dan ada kelapangan, saya atau wakil akan berjumpa dengan Datuk Seri Vida dan Erfan.

“Saya akan maklumkan hal ini pada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan belum putuskan apa-apa lagi dan saya masih kekal pemegang saham terbesar dalam Kelantan,” katanya hari ini.

Advertisements

Zamsaham berkata, segala keputusan berhubung tawaran dan pemenang bidaan akan dimaklumkan kepada semua pihak khususnya penyokong The Red Warriors.

“Mana yang terbaik dan menang-menang saya akan putuskan dan maklumkan pada semua,” katanya.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan larangan perpindahan antarabangsa dan tempatan yang dikuatkuasan ke atas kelab tersebut telah ditarik balik.

“Terima kasih. #Daftar pemain baharu,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan