32.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Abdullah Abbas nama putera kedua Neelofa, PU Riz

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AKHIRNYA pada hari ketujuh kelahiran putera kedua pasangan selebriti Neelofa dan Muhammad Haris Mohd Ismail (PU Riz), mereka sepakat memilih nama anak lelakinya, Abdullah Abbas.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor mengumumkan nama kedua puteranya itu menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau memaklumkan nama tersebut dipilih selepas merujuk hadis baginda Rasulullah SAW. 

“Seperti mana lahirnya Muhammad Bilal, perasaan hiba dan sayang buat Abdullah Abbas juga terjalin. 

“Nama putera kesayangan kedua kami adalah Abdullah Abbas. 

“Nama yang paling disukai Allah antaranya ialah Abdullah, maka permulaan namanya (anak kedua) adalah Abdullah. 

“Manakala Abbas pula, nabi sendiri pernah doakan,”katanya

Advertisements

Sementara itu, pengacara itu berharap putera keduanya itu dapat menyebarkan dakwah ke seluruh alam. 

“Jadi, harapan umi dan abah adalah supaya Abdullah Abbas juga dipilih Allah menjadi Dai’ yang akan menyampaikan dakwah seluruh alam. 

“Bahagia seorang ayah dan ibu atas kurniaan ini hanya Allah sahaja yang tahu,” tulisnya lagi. 

Sebelum ini, pengacara Meletop selamat melahirkan anak keduanya di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada 11 Julai lalu.

Neelofa dan Haris berkahwin pada 27 Mac 2021 di sebuah hotel di ibu kota. 

Pasangan itu dikurniakan putera sulung mereka, Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sindiket seludup PATI Bangladesh tumpas, lapan ditahan

JABATAN Imgresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan manusia dan menahan lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan...

Lagi Artikel Berkaitan