27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Wanita terselamat kereta ditenggelami banjir kilat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG wanita terselamat apabila kereta dipandunya ditenggelami banjir kilat di Jalan Meru, Taman Perindustrian Meru, Klang pagi tadi.

Wanita berusia 57 tahun itu telah diselamatkan oleh orang awam selepas menyedari sebuah kereta ditenggalami sehingga mencecah bumbung.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.44 pagi.

“Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang bergegas ke lokasi sebaik menerima laporan itu.

“Bomba menerima maklumat berlaku limpahan air di lokasi itu pada kedalaman anggaran 1.3 meter yang mana terdapat sebuah kenderaan terperangkap di kawasan banjir kilat berkenaan.

“Bomba mendapati, sebuah kereta jenis Perodua Aruz yang dipandu seorang wanita berumur 57 tahun tersekat di dalam limpahan air itu.

Advertisements

“Pemandu wanita berkenaan berjaya keluar dari kenderaan dengan bantuan orang awam, sebelum pihak bomba sampai di lokasi,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mohamadul Ehsan berkata, siasatan mendapati ketika kejadian mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Mangsa dipercayai terperangkap kira-kira lima minit sebelum kenderaannya ditenggelami banjir kilat itu.

“Bagaimanapun mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan banjir kilat sudahpun surut,”katanya.

Terdahulu, kejadian banjir kilat di beberapa kawasan sekitar daerah Klang dan Shah Alam berlaku susulan hujan lebat sejak pagi tadi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan