24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Kerjasama Tun M, Muhyiddin sebab faktor wang- dakwa Mohd Puad

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa kerjasama semula antara dua bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin disebabkan faktor wang.

Dakwanya, ini kerana Dr Mahathir masih mempunyai banyak duit dan sumber meskipun beliau tidak berparti.

“Muhyiddin sedia bekerjasama lagi dengan Tun M walaupun dia (Tun M) tidak berparti, tidak pelik pun.

“Muhyiddin berkawan semula dengan Tun M mungkin kerana faktor wang. Tun M masih banyak duit dan banyak sumber.

“Kita tengok bagaimana Perikatan Nasional (PN) bersedekah masa Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau hari ini.

Pada masa sama, Mohd Puad turut mempersoalkan sama ada PN mampu memenangi PRN.

Advertisements

“Pada Pilihan Raya Umum ke-15, PN belanja mewah. Pas tumpang sekali.

“Kali ini akaun Bersatu kena beku. Bolehkah PN menang tanpa sedekah mega.

“Sebab itu Muhyiddin kena ‘berlutut’ pada Tun M,” dakwanya.

Pada Jumaat, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan Dr Mahathir demi perjuangan membela agama, bangsa dan negara.

Muhyiddin berkata, beliau menyambut baik kenyataan bekas Perdana Menteri berkenaan yang bersedia bekerjasama dengannya demi matlamat untuk memperjuangkan nasib orang Melayu dan Islam. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan