32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Nahas keretapi di India: Malaysia ucap takziah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA menyampaikan ucapan takziah kepada India susulan nahas kereta api penumpang yang mengakibatkan ratusan nyawa terbunuh atau cedera dalam kejadian yang berlaku Jumaat lalu.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengucapkan takziah dan mendoakan kesembuhan kepada mereka yang cedera dalam tragedi yang berlaku di negeri Odisha itu.

“Kami bersama-sama dengan rakyat India pada masa yang sangat sukar ini,” katanya ringkas menerusi ciapan di Twitter.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi pada Sabtu turut menyatakan simpati kepada India atas tragedi itu.

“Kami bersama dengan kerajaan dan rakyat India mendoakan misi menyelamat akan berjaya dan kami juga turut bersimpati kepada waris mangsa,” menurut misi diplomatik Malaysia itu di Twitter.

Dalam kejadian itu, kereta api Coromandel Express yang dalam perjalanan menuju ke Chennai bertembung dengan kereta api Yesvantpur-Howrah Superfast sebelum satu daripada kereta api berkenaan melanggar kereta api barang.

Nahas itu meragut hampir 300 nyawa dan mencederakan kira-kira 900 yang lain. – Edisi 9

Terkini

Malaysia kecewa kuasa veto diguna halang Palestin anggotai PBB

MALAYSIA menyuarakan rasa bimbang dengan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai...

Lagi Artikel Berkaitan