33 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Tun M bersikap aneh beri makna ‘politik itu kotor’

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEJAK kebelakangan ini, Tun Dr Mahathir Mohamad bertindak secara aneh memberikan istilah ‘politik itu kotor’ dengan makna yang baharu,”kata veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang.

Lebih menguatkan pandangan itu, kata beliau, bekas Perdana Menteri itu kini telah berbaik-baik semula dengan seorang individu yang sebelum ini dikatakan sebagai ‘pengkhianat’.

“Dia (Dr Mahathir) juga telah menyerang seorang ahli politik muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan menggelarnya sebagai ‘ancaman’ kepada kaum Melayu.

“Amaran Dr Mahathir yang kononnya Malaysia akan kehilangan keahliannya dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sekiranya kita mempromosikan Malaysia majmuk berbilang kaum mematahkan hujahnya sendiri – kerana Malaysia masih menjadi ahli OIC.

“Malah, Malaysia mempunyai kadar peratusan populasi Muslim yang lebih tinggi berbanding dengan 14 negara OIC yang lain.

“Adakah Mahathir cuba mengatakan yang OIC akan kehilangan suku dari negara ahlinya?,”katanya dalam kenyataan malam tadi.

Advertisements

Menurut Kit Siang lagi, amat menyedihkan apabila individu yang telah menjadi Perdana Menteri dua kali selama hampir suku abad kini berada sekumpulan dengan ahli politik yang sering membuat tuduhan liar dan tidak masuk akal.

Justeru, beliau berkata, enam Pilihan Raya Negeri yang akan berlangsung pada 12 Ogos ini, akan menentukan sama ada apa yang dikatakan Dr Mahathir itu diterima di Malaysia.

“Sekiranya apa yang dikatakan Mahathir Mohamad baru-baru ini betul, maka pemerintahannya selama hampir suku abad sebelum ini merupakan satu kegagalan besar.

“Dr Mahathir bukan sahaja merupakan Perdana Menteri Malaysia dengan tempoh berkhidmat terpanjang, lebih dari 22 tahun dari 1981 hingga 2003.

“Kemudiannya sekali lagi selama 22 bulan dari Mei 2018 hingga Februari 2020 apabila dia dijatuhkan melalui konspirasi politik Langkah Sheraton,”

“Adakah kedua-dua pemerintahan Mahathir ini merupakan kegagalan penuh?. Hanya Mahathir sahaja yang tahu,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

In Saff Travel tawar pakej umrah serendah RM4970

BERUSAHA memberikan yang terbaik terhadap pelanggannya, syarikat pengendali pakej umrah, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd menampilkan pakej...

Lagi Artikel Berkaitan