MANCHESTER United dilaporkan semakin hampir menandatangani penjaga gol Jepun, Zion Suzuki dari Urawa Red Diamonds.
Red Devils telah memantau perkembangan penjaga gol berusia 20 tahun itu sejak 2017 lagi dan bersedia membawanya ke Old Trafford musim panas ini, lapor akhbar Jepun, Sponichi.
United dilaporkan telah mengemukakan tawaran sebanyak RM29.6 juta sekali gus menjadikan Suzuki pembelian tertinggi dalam sejarah Liga J.
Suzuki mewakili Jepun dalam setiap peringkat umur belia tetapi belum membuat penampilan bersama skuad kebangsaan.
Difahamkan urusan perpindahan hampir selesai dan pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat.
Posisi penjaga gol merupakan isu yang kerap diperkatakan ketika ini selepas David De Gea meninggalkan kelab susulan tamatnya kontrak pada 30 Jun lalu.
Biarpun kontraknya telah tamat, De Gea masih mahu kekal di Old Trafford dengan pengurangan gaji dan kedudukannya sebagai penjaga gol nombor satu bukan lagi keutamaan.
United dilapor mahu membawa masuk dua penjaga gol baharu musim panas ini dengan Andre Onana dari Inter dan Justin Biljow (Feyenoord) antara nama dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford.