29.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Vida, Kacak sudah ada perancangan untuk TRW

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

USAHAWAN kosmetik tanahair, Datuk Seri Vida merasakan dirinya mampu menyelamatkan Kelantan FC daripada terus menjadi pasukan belasahan dalam Liga Super.

Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata beliau sedih dengan nasib yang menimpa The Red Warriors dan mengesahkan minatnya untuk kembali dalam arena bola sepak.

Tetapi Vida berkata, kali ini beliau hanya menjadi tulang belakang pasukan dan jika berjaya mengambil-alih Kelantan, tugas mengendalikan kelab akan diserahkan kepada anak lelakinya, Eric Zaquan atau dikenali sebagai Kacak.

“Kelantan telah berkali-kali tukar pemilik, sampai bila nak duduk di tahap ini sahaja dan siapa pula boleh bawa bola sepak Kelantan ke tahap lebih selesa.

“Saya belum lagi bertemu Zamsaham (pemilik semasa, Norizam Tukiman). Liga sudah bermula, ada lima bulan lagi untuk habiskan musim ini.

“Saya ada dana untuk pelan 10 tahun akan datang tapi jika dana ini hanya untuk tutup hutang sekarang ini, saya rasa ada masalah sikit,” katanya seperti dipetik dari Astro Arena.

Vida berkata, dia dan anaknya telah mendapatkan nasihat dan pandangan beberapa pihak termasuk jurulatih kerana mahu berada dalam kelab itu untuk tempoh jangka masa panjang.

“Kali ini kami tidak akan buat sekadar kemudian hanya untuk lepaskan. Kali ini kami nak buat macam seorang bayi yang akan dibesarkan.

“Saya dan Kacak banyak berbincang dan kami juga mendapatkan pandangan beberapa jurulatih. Satu penaja dan satu lagi penaung yang hebat. Kacak akan jadi penaung yang hebat dan saya di belakang tabir sahaja.

“Kesian bola sepak, nak tengok apa kalau lihat macam jaguh kampung,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda gagal jinakkan Uzbekistan

HASRAT skuad Harimau Muda negara untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata daripada juara edisi 2018, Uzbekistan gagal apabila ditundukkan 0-2...

Lagi Artikel Berkaitan