24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Bot tunda ditahan gagal pamer DSL

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBUAH bot tunda dan tongkang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak kerana gagal mempamerkan dokumen Domestic Shipping License (DSL).

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md. Yunus berkata, bot tersebut ditahan pada jarak lebih kurang 11.2 batu nautika dari timur laut Tanjung PO, sekitar pukul 11.55 pagi semalam.

Katanya, penahanan dilakukan ketika rondaan rutin yang dijalankan Maritim Malaysia.

“Setelah pemeriksaan dilakukan, nakhoda bot terbabit gagal mempamerkan dokumen Domestic Shipping License (DSL) yang sah semasa diperiksa.

Advertisements

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati bot tunda dan tongkang berkenaan dikendalikan sembilan kru termasuk nakhoda, empat orang warga Indonesia dan lima orang warga India berumur lingkungan 26 tahun hingga 49 tahun,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Zin Azman berkata, kesemua mereka mempunyai pengenalan diri yang sah.

“Kesemua kru serta bot tunda dan tongkang ditahan dan diiringi ke Jeti Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (Komtas), Muara Tebas untuk siasatan lanjut. 

“Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 bagi kesalahan yang dilakukan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan