25.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Postecoglou setuju bimbing Spurs

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TOTTENHAM Hotspurs dijangka memuktamadkan pelantikan Ange Postecoglou sebagai pengurus baharu selepas pengendali Celtic itu bersetuju dengan terma dan syarat yang diberikan.

Difahamkan pengurus berasal dari Australia itu akan menandatangani kontrak selama tiga tahun di Stadium Tottenham Horspurs dengan pengesahan pelantikan dijangka diumumkan dalam tempoh 48 jam.

Postecoglu pada Sabtu lalu meraih gelaran treble selepas mengemudi The Hoops menjuarai Piala Scotland, trofi kelima pengurus berusia 57 tahun dalam dua musim ini Celtic Park.

Spurs sebelum ini cuba memancing khidmat Julian Nagelsmann, Arne Slot, Luis Enrique dan Marco Silva namun tidak menjadi kenyataan.

Namun, pelantikan Postecoglou mendapat tentangan daripada kelompok kecil penyokong yang melihat pengurus kelahiran Greece itu tidak mempunyai kredibiliti yang cukup mengemudi Spurs mencipta kejayaan.

Advertisements

Postecoglou pernah berdepan situasi sama ketika mula menyertai Celtic kerana disifatkan penyokong pelantikan semborono bagi menggantikan Neil Lennon.

Pada masa sama, Celtic kehilangan tonggak utama seperti Odsonne Edouard, Kristoffer Ajer dan Ryan Christie namun Postecoglou ada penyelesaian di sebalik apa yang berlaku.

Berpengalaman mengemudi Yokahama Marinos menjuarai Liga J dalam tempoh 15 tahun, Postecoglou membawa masuk penyerang dari Jepun, Kyogo Furuhashi namun terlepas peluang Kauro Mitoma, Reo Hatate dan Daizen Maeda ke Scotland.

Dengan Kane dijangka meninggalkan Spurs, Postecoglou dijangka membawa masuk Furuhashi bersamanya ke London dan dijangka membina satu pasukan baharu yang mampu bermain pada intensiti tinggi dengan formasi 4-3-3. – Edisi9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan