32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

PRN: 10 ‘warlord’ UMNO bakal sertai PN

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEKURANG-KURANGNYA 10 warlord atau nama besar dalam UMNO dijangka akan diumumkan menyertai parti-parti dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris berkata, nama besar yang disisihkan UMNO akan diperkenalkan sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

 “Ada. Kira orang yang ada nama, yang disisih oleh UMNO. Secara sukarela sertai salah satu parti (dalam gabungan PN) sama ada Pas atau Bersatu.

“Kita akan umum (nama pemimpin UMNO itu) sebelum PRN,” katanya kepada media di pekarangan Ibu Pejabat PN, semalam.

Beliau mengulas pertanyaan berhubung bilangan pemimpin UMNO yang dijangka menyertai PN selain daripada Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Khairy dalam podcast ‘Keluar Sekejap’ minggu lalu memberitahu beliau ada menerima pelawaan daripada Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyertai gabungan tersebut.

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu berkata, beliau akan berjumpa dengan Muhyiddin dalam masa terdekat untuk mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai situasi tersebut.

Sementara itu,Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali baru-baru ini mengesahkan terdapat lapan bekas pimpinan UMNO menyertai gabungan tersebut.

Azmin pada Isnin lalu sekali lagi memberi bayangan bahawa Noh bakal menyertai gabungan mereka apatah lagi kerap berada di pentas PN untuk memberi sokongan dan menarik sokongan rakyat pada PRN Selangor. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan