36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Mourinho campak medal kepada penyokong Roma

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JOSE Mourinho buat hal lagi. Tidak pernah lari daripada kontroversi, pengurus AS Roma itu secara terangan menunjukkan protesnya terhadap keputusan pengadil perlawanan final Liga Europa awal pagi tadi.

Pasukan bimbingannya tewas 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti kepada Sevilla selepas keputusan 1-1 kekal dalam 120 perlawanan termasuk 30 minit masa tambahan.

Susulan itu, sebaik menerima medal dari pentas penyampaian hadiah, Mourinho terus meninggalkan padang dan mencampakkan medal yang diberikan kepannya terus kepada penyokong Roma.

Tindakan tersebut merupakan sebaik protes rasa tidak puas hati pengurus berbangsa Portugis itu terhadap keputusan pengadil, Anthony Taylor yang dilabelkan memihak kepada kelab Sepanyol itu.

Taylor turut melayangkan kad kuning kepada Mourinho pada penghujung masa tambahan kerana berterusan mengkritik mutu pengadilan beliau.

Mourinho menuduh pengadil Inggeris itu ‘seakan orang Sepanyol’ selepas 13 kad kuning dilayangkan Taylor dalam aksi final, rekod tertinggi dalam final kejohanan Eropah.

Bekas pengurus Manchester United dan Chelsea itu dilaporkan menunggu pengadil tersebut di kawasan parkir kereta bagi menyambung pertikaian.

Mourinho turut dilihat mengejar bas mini yang membawa pengadil keluar daripada Stadium Puskas Arena di Budapest, Hungary awal pagi tadi.

“Tahun depan kami tidak akan bermain di Liga Juara Juara Eropah (UCL) dan ini adalah bagus kerana kami tidak layak.

“Dan mari berharap Taylor hanya mengendalikan perlawanan UCL dan lakukan pengadilan teruk sama seperti yang dilakukannya malam ini, bukan di Liga Europa,” kata Mourinho. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan