32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

20 nelayan asing ditahan ceroboh perairan negara

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 20 nelayan asing warga Vietnam ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu kerana menceroboh perairan negara, 116 batu nautika dari Muara Kuala Terengganu, kelmarin.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Khairulanuar Abd. Majid berkata, bot nelayan asing tersebut ditahan pada pukul 1.20 tengah hari selepas bertindak melarikan diri sebelum itu.

Katanya, semasa melakukan rondaan Op Naga Barat dan Op Kuda Laut, pihaknya telah mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan pada pukul 12.30 tengah hari.

“Menyedari kehadiran Kapal Maritim, bot tersebut telah melarikan diri ke arah sempadan Vietnam namun gagal apabila berjaya ditahan.

“Pemeriksaan turut mendapati tekong gagal menunjukkan sebarang kebenaran untuk menangkap ikan di perairan Malaysia,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mempamerkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Ujarnya , jasil pemeriksaan mendapati terdapat 20 orang kru termasuk tekong warga Vietnam yang masing-masing berumur antara 18 hingga 49 tahun berada di atas bot tersebut.

“Maritim Malaysia Terengganu merampas bot dan peralatan menangkap ikan, ikan campur dianggarkan 300 kilogram (kg), peralatan komunikasi dan navigasi serta 2,000 liter bekalan diesel dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM1.5 juta.

“Maritim Malaysia memohon kerjasama masyarakat terutama komuniti maritim untuk melaporkan sebarang maklumat perlakuan melanggar undang-undang dan kejadian kecemasan yang berlaku di perairan negara ke talian MERS 999,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan