26.7 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan di Kepulauan Sembilan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SATU mayat lelaki tanpa identiti ditemukan dalam keadaan terapung di sekitar perairan Kepulauan Sembilan Lumut, sekitar jam 3.35 petang semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaaan Maritim Malaysia (APMM) Perak, Kapten Maritim Mohd Hambali Ya’akup, berkata pihaknya menerima aduan tersebut dari nelayan tempatan yang menemukan mayat berkenaan sebelum menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak.

“Maritim Negeri Perak menggerakkan bot peronda Benteng 06 ke lokasi kejadian pada jam 4.43 petang bagi mengambil mayat tersebut untuk dibawa ke Jeti Perikanan, Kampung Acheh sebelum diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.

Advertisements

“Maritim Malaysia menyeru komuniti maritim tampil ke balai polis berhampiran sekiranya terdapat ahli keluarga mereka yang hilang atau tidak balik ke rumah dalam tempoh melebihi 24 jam bagi membantu siasatan,”katanya di sini.

Katanya lagi, sebarang maklumat, insiden kecemasan atau aduan mengenai jenayah maritim, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau MERS 999 untuk maklum balas segera. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan