31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

SPR mula buka permohonan pemerhati PRN

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pilihan Raya Malaysia (SPR), kini membuka permohonan kepada pihak yang ingin menjadi pemerhati bagi Pilihan Raya Negeri (PRN), yang akan diadakan di enam negeri tidak lama lagi.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak memaklumkan urusan permohonan sebagai pemerhati bagi PRN itu dibuka bermula hari ini hingga 7 Julai 2023.

Menurutnya, permohonan sebagai pemerhati yang mewakili organisasi, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

“Pemerhati dibenarkan untuk membuat pemerhatian bagi proses pilihan raya seperti penamaan calon, berkempen, pengundian awal, pengundian, pengiraan undi dan penjumlahan rasmi undi sehinggalah pengisytiharan keputusan pilihan raya.

Advertisements

“Sila layari portal SPR di alamat https://www.spr.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memuat turun borang permohonan,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut mengingatkan mereka yang berminat untuk menyertai program itu supaya mengemukakan permohonan sebelum tarikh tutup yang ditetapkan.

Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 akan membabitkan enam negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Terengganu, Kedah dan Kelantan. 

Advertisements

Terkini

‘Oppa’ adaptasi kisah guru jadi mangsa ‘Love Scam’

TIDAK dinafikan kes yang membabitkan jenayah scam sememangnya cukup serius sehingga mangsa ditipu dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit. Kejadian...

Lagi Artikel Berkaitan